Assalamualaikum .
Hari ni tetiba rajin pulak nak update belogg nie . Bukan senang aku nak dapat mood rajin nie. HEE
Tadi time online facebook ternampak satu gambar . Nah amik tengok!
Inilah padahnya kalau kita terlebih makan fast food . Rasanya kalau makan sekali-sekala tak kan jadi macam gambar tu kot . Betul tak ? Fast food adalah makanan yang paling famous dan digemari tidak kira umur tanpa kita sedar keburukkannya . Tipu la kan kalau ada yang cakap dia tak suka fast food . Kan kan ? Mesti suka punya walaupun sikit . Aku pun suka semua fast food lagi-lagi KFC and Mcd . Dalam sebulan kadang-kadang lebih 10 kali aku melantak fast food. Memang tak sedar diri kan ? Bila nampak gambar ni baru rasa takut kot-kot jadi macam tu one day . Haha! Nak buat macam mana dah favourite >.< Memang diakui fast food merupakan satu keperluan kini kerana sekarang semua benda nak kena cepat kan . Semua orang busy dengan tugas harian . Kadang-kadang nak makan pun tak sempat . Dengan adanya fast food makanan boleh diperolehi dengan mudah dan cepat . Pergi saja mana-mana restoran fast food , pesan apa saja yang kita suka then tak sampai 5 minit ia dah siap untuk dimakan . Sangat senang kan ? Fast food adalah makanan segera yang kurang baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi sedikit khasiat pemakanan . Kalau dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala , makanan itu kurang memudaratkan . Tapi kalau dah selalu makan dan dijadikan menu harian , ia secara perlahan boleh memudaratkan diri kita . Tanpa kita sedari , ia akan mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit antaranya obesiti , tekanan darah tinggi , penyakit jantung malah mungkin kenser usus besar dan banyak lagi . Ini pula lagi satu info yang terjumpa kat facebook .
Sangat kesian muda-muda lagi dah kena buang ovari . Ini semua sebab fast food yang kita makan hari-hari tu . Serious , scary kan ? So lepas nie nak try kurangkan makan fast food lah . Try laa slow-slow mesti boleh . Chewahh pandai nasihat, diri sendiri belum tentu boleh buat . HEE . Kalau kita berusaha mesti boleh kan . Maklumlah hidup kita nie panjang . Kalau boleh nak hidup sampai tua . So dalam masa yang sama kita mesti la jaga kesihatan supaya sihat selalu . So goodluck peeps berubah demi kebaikan! :')
#okebaiiii
Learn from yesterday, Life for today and Hope for tomorrow.