Orang kata cinta itu indah ? Betul ke ? Ohh . Tak dapat saya nak jawab . Hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu . HEHEE .
Cinta sememangnya boleh membutakan hati seseorang serta merta . Oleh kerana itulah ramai daripada kita yang terjebak dengan cinta yang tidak disedarinya adalah satu kesilapan yang paling besar dalam hidup .
Ohh !
Terlajak perahu boleh diundur , terlajak perbuatan buruk padahnya ^.^
1 . Bercinta kerana harta. Tidak ada gunanya hidup dilimpahi harta tetapi tanpa cinta. Harta datang dan pergi setiap saat. " Cinta " yang sesaat dan sesaat dapat diperolehi dalam sesaat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta .
2 . Bercinta kerana perasaan asmara. Rasa tertarik dan simpati merupakan asmara yang sering disalah ertikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara dapat cepat berubah oleh rupa, harta, tempat, dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan uji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.
3 . Bercinta kerana rupa sahaja. Kecantikan diluar memang indah, tapi akan luntur dimakan usia. Oleh itu apa yang lebih penting adalah kecantikan dalaman seseorang kerana ia tidak akan luntur selagi nyawa dikandung badan ..
4 . Bercinta kerana rasa kasihan. Rasa kasihan memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi sebagai dasar dalam percintaan. Kasihan boleh hilang serta merta, tetapi kasih tidak akan berkesudahan.Percintaan adalah kasih, bukan kasihan.
5 . Bercinta untuk kepuasan nafsu sahaja. Memang seks penting dalam hubungan suami isteri, namun tidak boleh menjadi tujuan untuk mencari pasangan. Seks hanyalah salah satu bahagian dalam pernikahan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.
6 . Bercinta kerana paksaan keluarga. Seorang anak harus berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal percintaan. Sekiranya kamu pasti mereka memang salah dan kamu benar, bertindaklah sewajarnya . Berdoalah dan berikan penjelasan kepada mereka bahawa kamu tidak setuju dengan pilihan mereka. Haruslah bersabar dalam menyelesaikan sebarang masalah.
7 . Bercinta kerana desakan usia. Bila usia sudah menjelang senja dan rakan-rakan sudah berpasangan kamu mula gelisah . Akhirnya asal ada yang datang kamu terima tanpa memikirkan faktor lain . Hindarilah tindakan tersebut . Tawakal dan yakinilah bawaha ALLAH sudah menyediakan yang terbaik untuk kamu. Jadi usahalah mencarinya ..
8 . Bercinta untuk membalas jasa. Orang yang telah berbuat baik harus dibalas budinya, tetapi jangan dengan cinta. Jangan bercinta tanpa pengertian dan keihlasan . Lebih baik mengelak daripada mengundang derita.
.. cinta yang kekal hanya datang dari hati yang ikhlas ..
No comments:
Post a Comment